Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru...

1979-kini    My Family
1986-1990 SK Paya Bemban
1991-1996 SMK Putera
1997-1998 SMK Kota Bharu
1999-2002 Universiti Sains Malaysia
2009-2010 Universiti Utara Malaysia 
2010           Institut Pendidikan Guru Malaysia Sultan Abdul Halim
Selamat Hari Guru. Jasamu akan dikenang.

Ketika diri ini melangkah pertama kali, ke dunia persekolahan. Tiada apa-apa yang mampu diketahui. Buta Huruf. Akhirnya...berkat ketekunan dirimu guru-guru ku di peringkat sekolah rendah mengajarku...baru ku mengenali apa itu ABC, 123, Alif ,Ba, Ta...Terima Kasih guru-guru di SK Paya Bemban.
Peningkatan usia remaja, baru aku melangkah di dunia yang semakin menganas baru ku lebih mengerti, apa itu pentingnya pelajaran...namun aku tewas di dalam pencaturan hidup. Mujur ada pimpinan tangan yang membantu diri ini bangkit kembali.Terima Kasih guru -guru di SMK Putera.
SMK Kota Bharu...dikau membimbing diri ini untuk berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat yang tinggi. Apakan daya, haluan yang dipilih gagal memberikan kejayaan yang boleh menjanjikan kebahagian hidup.
Salam pengenalan dalam dunia pendidikan di sambut oleh Yayasan Islam Kelantan. Disinilah bermulanya kehidupan ku sebagai seorang guru. Tanpamu...siapalah diri ini. Berdamping dengan mu selama hampir 4 tahun mengajarku apa itu guru. Disinilah aku belajar secara tidak langsung dengan rakan-rakan apa itu tugas seorang guru, apa perlu dilakukan jika ada masalah dengan pelajar. Maahad Darul Anuar Pulau Melaka, Satu nama besar yang cukup bermakna dalam diri ini. Disinilah segalanya permulaan ku sebagai GURU.
Seruan untuk melengkapkan taraf keguruan ku, Sambut pendakian untuk belajar di Universiti Utara Malaysia, dalam usia yang semakin meningkat, dalam bebanan sebagai pendidik di sekolah Maahad Rahmaniah Kuala Krai, aku gagahi jua untuk belajar. Jumaat & Sabtu sudah menjadi darah daging untuk ku mengerja impian . Hujan dan panas, ku tempuhi untuk mendapatkan ilmu. Pantai Cahaya Bulan menjadi saksi akan usahaku. Namun usaha ku tiada kesampaian...panggilan dan lambaian IPGM Sultan Abdul Halim lebih menarik minatku... Sk Islah, Kota Bharu titik permulaan aku mencari ilmu. SK Syed Jan Al Jafri titik permulaan aku mengajar di sekolah rendah. Dunia sekolah menengah telah ku tinggalkan bersama lipatan sejarah.
Kini aku bergelar seorang guru yang SAH dan TETAP bersama KPM...SK LKTP Chemomoi menjadi saksi akan usahaku kini.


No comments: