Dalam kegembiraan untuk melakukan majlis sambutan hari lahir kali pertama bagi tahun 2013, sesuatu yang tidak pernah terfikir dibenak pemikiran telah terjadi. Hidung berdarah kesan daripada kena tumbuk oleh rakan. Aduh. Biasa jika pergi ke hospital adalah untuk melawat orang sakit bukan untuk membawa orang sakit. Tapi hari ini pergi ke Klinik Chemomoi bawa anak murid berdarah hidung kesan kena tumbuk. Aduh pening. Glamer lagilah namaku. Ganas sungguh cikgu dia. Gagal sungguh cikgu dia dalam mengawal anak murid dalam P&P.
Hakikatnya, kejadian terjadi ketika aku bersama-sama ppm tengah sibuk untuk menangkap foto kenangan budak -budak perempuan bersama-sama kek hari lahir. Bunyi bising rakan-rakan yang lain cakap hiudng Zahir dah berdarah. Puncannya dari ejek mengejek aje. Hampeh punya anak.
Malu dibuatnya. Dahlah tu. Anak rakan sejawatan. Memanglah tak kena marah dek ibubapa budak, tapi...hanya ketebalan muka sahaja yang mampu ditanggung. Gagal.
Inilah peristiwa berdarah pada 14 Mei 2013...

No comments:
Post a Comment