Monday, November 11, 2013

Perjanjian Syaitan...

Aku merasakan perjanjian di antara syaitan merupakan satu perjanjian yang tidak boleh diputar belitkan. Sebab itu perjanjian syaitan untuk menyesatkan cucu cicit Nabi Adam a.s telah diteruskan sehingga kini. Tidak ada perhentian. Tak ada pusingan dan memusingkan fakta perjanjian. Mengapa manusia tidak boleh menyedut sedikit tabiat Syaitan dalam konsep perjanjian.
Mengapa manusia perlu menjadi lebih keji berbanding dengan SYAITAN yang sememangnya makhluk ciptaan Allah s.w.t yan telah di janjikan NERAKA. Mengapa manusia yang bernama manusia yang beragama ISLAM sebagai pegangan hidupnya SUKAR untuk menjadi Manusia yang lebih baik berbanding SYAITAN dalam konsep perjanjian.  Semua umat manusia mengetahui bahawa Syaitan adalah musuhnya dan mengapa kita 
 perlu menuruti kejahatan yang sememangnya telah ditegahkan.

Aku tidak peduli sekarang, sekarang masa bukan untuk terus dicampak ke dalam NERAKA ciptaan. Aku memang tidak puas hati. Selama 3 tahun aku merasakan aku berada di alam yang berbeza. Kesakitan hati ini yang membuak-buak untuk aku pergi dari pra. Seminggu PPM aku tiada, seorangpun tiada yang bertanya khabar tentang aku. Siapa tidak sakit hati. Sudahlah kita dicampak ke tempat yang tidak sepatutnya. Langsung tak pedulikan kita. Sekarang nak suruh kita meneruskan. Minta maaflah. Segalanya sudah terlewat.

No comments: