Monday, September 8, 2014

Majlis Penyerahan Beg Tahun 6 2014

Pagi ini tercipta satu lagi sejarah buat anak-anak tahun 6, 2014. Majlis penyerahan beg sandang daripada pihak sekolah untuk mereka. Harga bukan ukuran tapi yang penting usaha mereka dihargai. Lihatlah wahai anak-anakku, betapa sayangnya ibubapa kamu terhadapmu, payah jeritmu disulami dengan kasih sayang. 4 Tahun aku berada disini, ini tahunlah aku melihat begitu istimewa sekali anak-anakku dilayan bagaikan putera raja. 
Semoga anak-anakku dapat menjawab soalan peperiksaan esok dengan baiknya sehinggalah berakhirnya perjuangan itu. Tiada ungkapan yang mampu diucapkan selain selamat mejawab dengan terbaik. Jangan hampakan harapan ibubapa dan guru semua. Buat yang terbaik untuk masa depan yang gemilang.
Salam sayang buat semua.
Menanti giliran

Kejap lagi dapatlah tu

Inilah begnya

Lambatnya ...

Sukanya hatiku

Barisan yang ditunggu-tunggu

pemalu rupanya

Bergaya sekejap

Walaupun mata bengkak, Hafiza tetap mahu bergaya


No comments: