Wednesday, September 3, 2014

Indahnya hidup ini...

Memang gila. Sesungguhnya gila. Cukup gila. 
Hanya itulah ungkapan yang layak diungkapan kini. 
Terlalu pelik. Sukar diterima oleh akal.
Tapi itulah lumrahnya.
Mungkin ia akan berakhir dengan sendirinya. Atau ???
Terasa risau. Takut. Gelisah. 
Bercampur aduk. Risau kerana ia semakin berakhir...
Masa yang berbaki perlu digunakan sepenuhnya...

Kuatkan langkahku untuk terus berpijak di dahan yang rapuh.
Aku sedar dahan yang ku pijak adalah dahan yang salah
Aku mengerti dahan yang ku pijak pasti runtuh
Aku tahu dahan yang ku pijak tidak mungkin kekal
Kerana ku tahu, dahan yang rapuh tidak mungkin 
Menerima bebanan ini.
Namun ku harap dapat menumpang berteduh di dahan itu
seketika cuma.


No comments: