Hari ini syukur. Perjalanan pulang tiada masalah. Bermula jam 9 pagi berakhir jam 7.30 petang. ( 4.30 singgah makan dan berborak dengan Rahimi, 5.30 makan nasi di Kerayong, 7,30 baru sampai di Chemomoi. )
Begitu panjang terasa perjalanan pada hari ini. Sangat panjang. Tapi tak terasa.
Dalam perjalanan pulang terima panggilan telefon dari Maybank Kuala Krai. Minta datang ambil sijil. Tapi sayang tak boleh pergi sebab balik ikut LPT. Jika mengikut perancangan awal mahu aje balik ikut Gua Musang. Tiada rezeki itulah puncanya.
tunggulah 2 minggu lagi agar segalanya berjalan dengan tenang.
No comments:
Post a Comment