Tuesday, October 21, 2014

Bersyukur...

Ya Allah Ya Tuhanku, hamba ini bersyukur kepadamu kerana memberikan kekuatan dan keberanian untuk berdepan dengan situasi tersebut dengan lancar.

Aku sudah melepaskan apa yang tersurat dan tersirat sejak petang kelmarin. Aku luahkan semuanya. Aku nyatakan semuanya.
Aku sudah menjelaskan kebimbingannya. Aku sudah buat yang terbaik.
Andai kata ia berbohong @berdusta biarkanlah
Andai kata ia bercakap benar bersyukurlah
Andai kata-kataku tidak didengari, dengarilah
Andai kata-kataku tidak melekat, lekatkanlah
Andai kata-kataku tidak berkesan, kesankanlah
Andai kata-kataku tidak bermakna, berikanlah maknanya
Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersujud kepadamu, agar apa yang dibincangkan akan memberikan impak kepadanya. Hanya kepadamu, aku berserah. Amin.

No comments: