Ya Allah Ta Tuhanku ampun dosa-dosaku.
Aku gagal dalam menasihati, gagal dalam mengawal tingkah laku yang akan menjerumuskan ke arah kemaksiatan.
Aku sudah menasihati, aku sudah bercakap dengan hati yang tenang. Tapi hambamu ini gagal.
Mata ini menyaksikan suasana tersebut. Mata ini menjadi terkejut dengan menyaksikan situasi tersebut. Tepat jam 4.05 petang. Aku melihat aksi tersebut. Di dalam gelongsor. 2 orang insan yang aku kenali. Walaupun aku tidak tahu apa yang akan terjadi dan apa yang akan berlaku...tetapi ingatlah di antara 2 insan bergelar anak cucu Adam akan wujud musuh kita yang akan menyesatkan kita.
Wahai anakku... dengarlah cakap ayahmu
Wahai anakku... memang ayahmu ini tiada hak dalam menyekat kebebasan mu
Wahai anakku... memang ayahmu ini bukan ayah secara biologikal
Wahai anakku... ketahuilah bahawa ayahmu menyayangimu sebagaimana kedua-dua ibubapa mu menyayangimu
Wahai anakku... kekadang ketika leka dalam dunia percintaan akan hadir satu lagi, makhluk yang akan merosakkanmu
Wahai anakku... sekali kita terjerumus...iblis akan menyahut panggilan tersebut agar kita terus terjerumus
Wahai anakku... ayahmu telah berpesan agar jangan mencontengkan arang dimuka ayahmu
Wahai anakku... terasa bagaikan mencurah air di daun keladi
Wahai anakku... jika ini, nasihat yang ikhlas dari ayahmu, gagal diikuti apa lagi yang mampu dilakukan oleh ayahmu ini
Ya Allah Ya Tuhanku...tanamkanlah cahaya keimanan di dalam diri anakku ini
Ya Allah Ya Tuhanku.. lindungilah anakku ini daripada godaan syaitan yang akan menyesatkan anakku ini
Ya Allah Ya Tuhanku...berilah teguran kepada anakku ini, agar dia sedar akan kesilapan yang cuba dilakukannya
Ya Allah Ya Tuhanku...pada mu aku memohon dan pada mu aku meminta agar kesucian dan ketakwaan anakku terus terpelihara olehmu
Ya Allah Ya Tuhanku... lindungilah anakku
Ya Allah Ya Tuhankku...jagalah ia sebagaimana kau menjaga kekasih-kekasihmu ketika berdepan dengan musuh mu
Amin.
No comments:
Post a Comment