Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku bersyukur kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk hambamu ini terus bernafas di bumiMu.
Peristiwa pagi tadi jam 1 pagi membuatkan aku menjadi cuak, t akut, gelisah dan sebagainya.
Terasa penafasan menjadi pendek, terasa sesak nafas akibat kekurangan oksigen. Sehingga menyebabkan aku gagal tidur. Jam 3pagi masih lagi berlawan dengan perasaan takut tersebut. Entah pukul berapa tidak pasti pukul berapa aku dapat tidur, di ruang tamu. Sehinggalah akku terkejut pada pukul 4.30 pagi.
Jam 12 tengah malam mula tidur, pukul 1 pagi terjaga. Itulah detik yang mencemaskan aku.
Bam Serai Wangi Hilal menjadi perantaraan untuk aku melegakan penafasan aku.
Risau aku dengan kes ini. Dalam usia yang semakin membesar namun masih banyak kekurangan bekalan untuk hari esok. Itulah saat yang paling menakutkan aku. Takut untuk menghuni tempat yang asing. Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah hidayah dan jalan kebenaran kepada hambamu ini. Tunjukkanlah pintuNya kepada hamba mu ini.
No comments:
Post a Comment