Sunday, March 8, 2015

Bersyukur...

Tangisanmu walaupun seketika mampu,  merungkai kerinduaan yang semakin berlarutan.
Bersyukur aku kepadamu Ya Allah Ya Tuhanku di atas nikmatmu pada hambamu ini.
Inilah yang bermain-main di pemikiran yang kerdil, inilah doa-doa yang dipohon oleh hamba mu agar kerinduan yang melanda di pemikiran akan berakhir sebagaimana nikmat yang dikau berikan.
Hujan yang turun membasahi bumi, bersyukur kepadamu, Kerinduan pepohon terhadap nikmatmu akhirnya terjawab walaupun seketika. Pepohon mula berwajah ceria, tanda bersyukurnya dia kepada Mu, kerana memberikan ruang untuknya memandu kasih walaupun seketika.
Kelayuan hatinya akan terubat dengan kehadiran cintanya. Namun adakah ia akan berterusan...

No comments: