Apakah kaitan gambar di atas dalam situasi ini?
Ya. Kambing hitam telah ditemui untuk menyelesaikan masalah yang berlaku kini. Kambing hitam telah ditemui. Tahniah. Satu jalan penyelesaian yang paling mudah dilakukan.
Syukur kepadamu Ya Allah Ya Tuhanku, proses ketakutan kelmarin berakhir dengan baik. Bagaimana gelisahnya aku, bagaimana bergetar tanganku kelmarin, bagaimana risaunya aku kelmarin akhirnya berakhir dengan tenang apabila kambing hitam telah ditemui.
Lantaklah itu cara mereka menggunakan kepakaran yang ada. Opps kepakaranke? Hanya jalinan masa yang bergerak sahaja mengetahui.
Sekali kita terkena , adalah sesuatu yang berat untuk kita lepaskan. Janji-janji mereka adalah sukar untuk dimengertikan dan sesuatu yang sukar untuk dimaafkan.Inilah yang telah menjadi sempadan dalam kehidupanku.
Namun begitu, gelisah ini masih lagi bergetar di dalam jiwa ini.
Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah hambamu ini daripada gangguan syaitan-syaitan yang engkau rejam. Amin.

No comments:
Post a Comment