Monday, March 2, 2015

Linus 2.0 2015

Program yang dinanti-nanti telah tiba untuk cikgu-cikgu yang mengajar anak-anak kelas-kelas hujung. 
Satu program yang dibentuk untuk memastikan kejayaan anak-anak kita. Program ini sememangnya memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Jika mendapat kerjasama dari semua pihak sepatutnya tak ada LINUS sebenarnya.
Teringat...
3 Tahun aku berada di dunia prasekolah. Itulah KPI aku, tak ingin melihat anak-anak tidak pandai membaca. Pelbagai cara yang aku gunakan pendekatan. Walaupun nampak zalim dan kejam, hanya satu sahaja tersemat di pemikiran, untuk tidak melihat anak-anak tercampak di dunia LINUS dan pemulihan.

Kenapa aku bertindak sebegitu...
Aku pernah mengajar di sekolah menengah. Mengajar anak-anak di tingkatan 1. Mengajar mereka yang tidak boleh membaca di sekolah menengah. Perasaan malu dan segan dengan kawan-kawan akan bermain diwajah mereka, akhirnya mereka akan hanyut sendiri sekirannya malu menguasai diri mereka.
Aku pernah cuba membantu anak tersebut pada 2009, ketika diri ini mengajar Maahad Rahmaniah, Kuala Krai ( MRKK ) tetapi aku gagal sebab dia malu untuk mengadap wajah ini. Aku tidak tahu ke mana dia selepas itu. Adakah anak itu telah berjaya, atau gagal dalam penemuan kehidupan.

Aku juga pernah gagal...
Selamat tiga tahun berada di prasekolah, sejak tahun 2011 hingga 2013. Diri ini sendiri pernah gagal. Gagal dalam membentuk generasi yang celik huruf dengan baik.
Saifullah merupakan produk 2011, Zulhelmi produk tahun 2012...Dua insan yang aku sendiri gagal sehingga aku membawa kesnya ke hadapan. Sampai kini seorang sudah darjah 4 dan seorang darjah 3, mereka masih sama ditakuk yang lemah. 
Bukan aku tidak pernah berikhtiar untuk mereka, bukan pernah aku membenci mereka, tetapi aku tiada sokongan yang padu dari keluarga mereka.
Syukur 2013 memberikan sinar kegembiraan kepada aku apabila 2 anak yang kosong, sebersih kain putih dapat dicorak dengan baik. Apa yang penting kerjasama daripada keluarga mereka itu yang penting. Azlini dan Hassanizan. Dua nama yang aku kenali. Dua nama yang menerima dan terpaksa belajar bersama aku yang sememang terkenal dengan garangnya. 
 

No comments: