Wednesday, April 15, 2015

Tiga situasi

Hari ada 3 situasi yang berlainan berlaku. Tapi nok buat macam mana kita terpaksa reda sahajalah. Terima kerja anak-anak 6B. Topeng haiwan hasil nukilan mereka. Terima kasih sebab buat apa yang disuruh dengan baik.

Situasi seterusnya pula hari ini, semak buku sejarah anak-anak ada benda yang mencuit hati dan perasaan ini. Tapi apa nak buat terima sahajalah. Nak marah bukan kerjaku. Bukan salah anak-anakku. Tak buat seperti tidak merealisasikan kehendak matapelajaran sejarah. Sejarah belajar melalui penyelidikan...

Situasi ketiga untuk hari ini. Latihan merentas desa tapi hujan turun...maka tiadalah aktiviti latihan merentas desa...




Akhirnya bersantai di atas astaka dan kelas menanti hujan reda dan jam 6 petang. Inilah nasibnya. Takdir dan ujian Allah s.w.t sukar diduga.

No comments: