Monday, April 6, 2015

Nasib...

Hari ini 2 kali TNB datang ke rumah untuk melihat kerosokan pendawaian elektrik rumah. Sengal sangat-sangat.
Kali pertama datang hanya selesai sekejap sahaja. Tiada perubahan yang ketara. Hanya bertahan 3 jam sahaja.
Pukul 9 sekali lagi ianya rosak. Entahlah nasib sukar untuk ditafsirkan. Sekejap ok sekejap bermasalah.
Adakah pihak atasan mahu melihat satu nyawa melayang baru ada tindakan susulan baru hendak bertindak mengikut kewarasan pemikiran. Setiap bulan tolak sahaja bayaran perumahan. Tak pernah tertunggak bayaran. Bayaran tetap terbaik. Tapi perkhidmatan terlalu tenat. Dimana saluran bayaran perumahan itu dimasukkan sehingga kebajikan tidak dijaga.
Berfikir seketika untuk mengkaji punca masalah ini berlaku.

No comments: