Sunday, April 19, 2015

Cair juga...

Akhirnya aku tewas juga dengan prinsip hidup aku. Aku gagal melawan. Aku musnahkan prinsipku. Dengan hanya satu nama. Ku korbankan jua, kerana tak sanggup perjalanan yang panjang menjadi tawar. Perjalanan yang lama menjadi sunyi. Akhirnya aku mengorbankan prinsip hidup yang telah lama aku pegang selama ini. Tidak ingin masuk PAWAGAM. Akhirnya 18.4.2015 menyaksikan detik pertama prinsip hidupku aku korbankan demi seorang anak dan anak-anak.Aku terpaksa disebabkan tiada apa-apa yang boleh dilakukan di sana setelah mencari dan mencari tempat yang boleh dijadikan hiburan kepada diri ini dan anak-anak.
Ini sahaja yang mampu ku bagi mereka tonton disebabkan...yang lain semuanya 18...hanya yang ini sahaja sesuai dengan usia mereka 13 tahun. Mujur cerita ini seronok juga ditonton.
Seronok melihat mereka seronok. Seronok melihat mereka bergembira. Walaupun terpaksa mengorbankan prinsip yang selama ini telah dipegang sejak 36 tahun yang lalu.
Inilah yang dikatakan pengorbanan seorang ayah buat si anak.
Walaupun tiada desakan daripadanya. Aku merasakan bertanggungjawab untuk mengembirakannya dan rakan-rakannya. Disebabkan kelmarin tidak berjumpa dengan pusat bowling. Akhirnya prinsip hidup dikorbankan untuk anak tersayang.
Saya special...ungkapan ini dizahirkan semalam di kedai makan siam. Sejak 2011 hingga kini.
Aku mengharapkan dikau akan menjadi anak yang terbaik untuk keluarga. Aku berharap dikau akan menjadi tulang belakang untuk keluargamu pada suatu hari nanti. Aku hanya mengharapkan dapat menghirup sedikit sahaja kasih sayang daripadamu.
Wahai anakku...doakan untuk ku sebagaimana apa yang telah ku ungkapkan kepada mu semalam. Biarkan ianya menjadi satu kenyataan yang pasti. Amin.


No comments: