Thursday, November 12, 2015

Bertahan...

Kadang-kadang terasa juga kesunyian di dalam hidup ini. Corak hidup sebegini. Terasa inilah yang kehidupan di alam kubur nanti. Keseorangan. Bezanya ketika di dunia aku mempunyai alat untuk berhibur. Tapi disana nanti adakah aku akan ada alat untuk berhibur. 3 sahaja bekalan ku untuk dibawa ke alam itu nanti. Tapi bagaimanakah dengan amalan itu. Terasa bagaikan tiada. 
Ya Allah janganlah kau hina diri ini di awal-awal lagi. Kau limpahlah kurnia mu kepada diri ini. Aku takut hidup sebegini di alam satu lagi. Tahu erti kesunyian. Aku sedang alaminya. Disaat aku kesakitan ketika berseorangan, ku rasakan itulah saat paling derita yang aku alami. Namun aku masih berdaya meminta pertolongan. Tapi di alam satu lagi siapakah yang akan membantu aku, kecuali 3 amalan yang dilakukan oleh aku semasa hayat ini. 
Aku tahu Insya Allah pasti akan ada rezeki daripadamu. Lambat atau cepat rezeki itu semuanya bergantung kepada jalinan masa yang membelenggu diri ini. 
Ya Allah Ya Tuhanku, aku hanya berharap unuk mempunyai anak yang soleh untuk melengkapkan amalan ku sebagai bekalan di akhirat nanti. Kau berikanlah kekuatan kepada hambamu ini untuk terus bertahan dan berusaha untuk melengkapkan amalan yang ketiga. Dewasa ini aku hanya mampu berharap untuk menyayangi anak insan lain. Aku mengharapkan dirinya. Walaupun aku sedar impian aku agar sukar. Namun aku percaya dengan sifat yang ada dalam dirinya, aku mampu damai disana andai aku tiada zuriat sendiri. Kau tanamlah rasa sayang dan cinta dalam dirinya akan terus subur untuk menyayangi diri ini. Aku sedar. Aku hanya menumpang kasih seseorang yang bukan darah dagingku. Aku sedar semuanya. Namun aku berharap ia akan terus menyayangi diri ini. Sebagai mana diri ini menyayangi dirinya. 
Ya Allah Ya Tuhanku kau lembutkan pintu hatinya dan kau penuhkan pintu hatinya dengan kasih sayang untuk terus menyayangi dan menghormati  diri sampai bila-bila. 
Ya Allah Ya Tuhanku, kau tanamlah rasa cinta dan hormat dalam dirinya agar terus bertahan dan menyayangi diri ini.

Ya Allah Ya Tuhanku, andai ada jodoh buat diri ini. Hambamu ini berharap aku mempunyai jodoh yang boleh mengembirakan diri ini dan orang tuaku. Kau berikanlah jodohku yang mampu melahirkan zuriat-zuriat yang soleh untuk menyambung amalan ku di akhirat nanti.  
Ya Allah Ya Tuhanku. Aku sedar kekurangan yang ada dalam diri ini. Kau lengkapkanlah kekurangan diri ini dengan jodoh yang mampu melengkapkan kehidupanku nanti. Aku hanya insan yang biasa. Aku tiada mempunyai kekuatan tetapi penuh dengan kelemahan yang nyata.
Andai ada jodoh buatku, sebagaimana yang telah kau janjikan, kau berikanlah jodohku yang mempu membimbing aku ke jalan yang telah kau redhai.
 Ya Allah Ya Tuhanku, aku bermohon kepadamu agar, amalan ku yang kedua tidak akan berakhir disaat nyawa yang ku pinjam daripada mu terputus. Aku berharap ilmu-ilmu yang pernah ku curahi kepada anak-anak didik akan terus subur menyemai disana, 
Ya Allah Ya Tuhanku kau jadikanlah ilmu-ilmu yang telah dicurahkan olehku kepada anak-anakku adalah bekalan ku di akhiratmu nanti. Agar mampu akan menyinarai tempat persingahanku nanti sebelum aku bertemu denganmu. Ya Allah Ya Tuhanku jadikan ilmu-ilmu yang aku curahkan itu terus menyubur untuk dijadikan kekuatan kepadaku ketika berdepan denganmu.

Ya Allah Ya Tuhanku, engkau limpahlah kurnia rezeki kepada hamamu ini, agar hambamu boleh terus menabung di akhirat nanti. Ya Allah Ya Tuhanku kau jadikanlah sedekah-sedekah yang telah aku berikan itu sebagai amalanku nanti. Kau terimalah amalanku ini. Hambamu ini sedar dan tahu, kurangnya amalan ini dilakukan. Bukan bererti hambamu ini. Sombong tapi kekurangan yang ada di dalam menyebabkan diri ini kekurangan melakukan amalan ini. Ya Allah Ya Tuhanku engkau kurniakan rezeki yang halal untuk ku agar dapatku panjangkan kepada mereka yang memerlukannya. Amin

Ya Allah Ya Tuhanku, engkaulah tempatku bergantung dan tempatku bermohon agar aku akan dapat melengkapkan hidup ini dengan terbaik. Jangan jadikan hambamu ini sebagai orang yang miskin di akhirat nanti. Jangan jadikan hambamu ini sebagai insan yang tiada tempat bergantung di depanmu nanti. Jangan jadikan hambamu ini sebagai insan yang paling hina di sisimu nanti.


No comments: