Friday, November 6, 2015

Demi anak..

Demi anak seorang ibubapa sanggup buat apa sahaja. Itulah cuba ku lakukan demi anak. Walaupun bukan darah dagingku , keselamatan anak ingin ku pastikan selamat. Risau. Anak- anak sangat panjang langkah. Takut terjerumus ke arah yang tidak baik. Mula-mula rokok sebagai ibu maksiat. Lama-lama ia akan membesar.
Ya Allah Ya Tuhanku jauhkanlah anakku Aiman daripada terjerumus di dalam jalan yang akan membinasakanya. AMIN.



Terima kasih sebab berkongsi dimana Aiman berada. Tapi aku tidak dapat jumpa dia sebab pergi rumah Kak Manisah untuk jumpa Yana. Dia datang ke rumah masa aku tiada. Tak dapat aku belikan nasi untuknya.
Hati-hati Aiman ketika bermain air. Jangan melencong ke tempat dah hala tuju yang asal. AMIN

No comments: