Jujurlah sayang. Jangan khianati perhubungan dengan janji2 yang munafik. Apa yang berlaku pada hari ini cukup menguris perasaan dan terkejut. Engkau membuatkan aku kembali teringat detik di makmal komputer.
Aiman. Bukan terniat dihati tidak mahu dengar penjelasan tadi. Tapi kehadiran bukti tadi membuatkan hati ini terkunci dan terseksa.
Bukan niat untuk pamerkan resit... tapi itulah janji ku padamu...aku tunaikan. Sebab engkaulah anak yang ku sayang.
Biarlah satu kenangan di Chemomoi akan terus subur walaupun ku berpindah. Biarlah ada sebab kenapa ku perlu kembali ke Chemomoi. Sebab ada Aiman. Kerana engkau adalah anak angkat ku. Biarlah hubungan kita akan terus subur. Kerana ku menyayangimu.

No comments:
Post a Comment