Minggu ini dapat hadiah hari guru yabg terbaik. Tak pernah dapat hadiah hari guru. Jarang cikgu dapat hadiah hari guru yang hebat.
Hadiahnya... tinggalkan arus perdana dan selami dunia prasekolah.
Ya. Mungkin pada pandangan orang. Apa salahnya mengajar prasekolah. Mereka pun murid juga. Ya betul mereka pun murid. Tapi tengoklah selepas ini siapa kita setelah kaki diletakkan disana.
5 bulan pertama. Disasarkan untuk mengajar tahap 2. Tahun 6. Aku berusaha untuk memantapkan ilmu di dada. Aku cuba belajar dari rakan-rakan yabg lebih senior. Buang rasa malu pada diri demi ilmu untuk anak-anak tercinta. Biarlah kita malu dari kita memberi ilmu yang salah.
45 hari satu tempoh masa yang singkat. 45 hari juga aku akan meninggalkan skil mengajar di tahap 1 dan 2. Satu jangka masa yang panjang.
Adakah selepas itu...aku kena galas lagi... tugas lama. Sekadar masuk ke kelas beberapa hari dan buat soalan exam? Semak lagi kertas? Untungnya mereka yang mengambil tugasku.
Akhir tahun 2015. Aku sudah suarakan tidak mahu mengajar anak-anak 3 Bestari. Biarlah orang lain mengajar. Tapi tak berjaya. Sekarang aku lepaskan juga mereka. Di saat aku sudah mempunyai perancangan untuk mereka. Perancangan buat mereka di akhir nanti. Mungkin ia akan menjadi sejarah yang tidak mungkin.
Terjerat di dalam prasekolah seolah-olah aku sendiri terkurung di sangkar. Tidak boleh terbang bebas. Terpenjara di alam ini.
Ya. Betul kita ada ruang semua. Ke kantin dan sebagainya. Tapi... di mana masaku untuk bersama-sama orang yang boleh menceriakan hidupku di kala aku keseorangan dalam melayari hidup di perantauan.
Aku tiada lagi ruang masa itu. Terpisah oleh ruang masa yang aku sendiri tidak ketahui.
Ini mungkin salah satu kebebasan untuk ku yang akan terpenjara.
Kita di bawah satu bumbung tapi terpisah oleh blok masa yang berbeza.
Kita di bawah satu bumbung tapi terpisah oleh komitmen yang sama.
Kita di bawah satu bumbung tapi terpisah oleh jarak yang dekat.

No comments:
Post a Comment