Wednesday, May 11, 2016

pening...

Kali pertama aku melangkah kaki ke mesyuarat kecemerlangan UPSR 2016.
Persoalan aku tentang program "home learning" tidak dijawab dengan lengkap. Sekadar menjawab sudah ada kumpulan. Sepatutnya ia dibentang dengan jelas dalam mesyuarat. Buat apa panggil mesyuarat sekiranya persoalan ahli tidak dijawab dengan baik.
Entahlah. Mungkin aku ketinggalan kereta api sehingga perkara penting sebegini tak tahu.
Lagi pening...keputusan dibuat bila... mengapa tidak diputuskan dalam mesyuarat. Mengapa alih-alih ada program. Akhirnya yang kena sediakan bahan cikgu yang mengajar juga.
Senang cerita kalu dah rahsia sangat baik buat pakatan sulit tak perlu panggil mesyuarat.
Mesyuarat adalah untuk buat keputusan bukan tempat mendapat persoalan.

No comments: