Wednesday, May 18, 2016

Terasa diri...

Terasa diri ini tidak penting. Ada sekadar mencukupkan suasana kehangatan UPSR sahaja.
Terasa cukup terhina. Usaha 5 bulan yang telah aku curahkan tidak cukup untuk memangkin perkembangan anak-anak. Akhirnya aku digugurkan dengan cara campakkan aku ke alam prasekolah.
Ya. Aku pernah menyuarakan kerisauan terhadap anak-anakku. Kesan keputusan Top 3 Pahang. Tapi aku tidak pernah berhenti berusaha. Aku teruskan usaha tersebut.
Tapi kini usahaku terhenti dengan arahan " meminta tolong".
Kenapa aku. Sedangkan aku mengalas tugas yang besar.
Keputusan ini akan merenggang hubungan aku dengan anak-anakku.  Secara tidak langsung akan wujud satu halangan waktu.

No comments: