Kita berbangga dengan kejayaan yang gila-gila tentang linus tetapi...
Hadif Safwan...murid sekolah ini dari zaman tahun satu sampai kini... masih belum boleh membaca dengan baik. Sedangkan dia dapat melepasi saringan LINUS...
Di mana silap itu...
Perlukah kita berbangga dengan pencapaian LINUS yang hebat tapi dalam masa yang sama kita gagal melahirkan seorang warisan negara yang boleh membaca dan memahami bacaan dengan baik.
Inilah generasi yang akan datang...
Inilah lambang kemegahan yang kita capai hasil daripada penipuan kita demi memuaskan nafsu orang atasan.
Ahya Rusdi... satu nama yang indah. Aku tidak mungkin menyalahkan dikau. Engkau baru sahaja melangkah kaki untuk belajar di saat umurmu 10 tahun. Sebelum ini dikau berada di Indonesia. Jadi ini bukan kesilapanmu...
Tapi kemalasanmu... membebankan aku.

No comments:
Post a Comment