Monday, October 9, 2017

Kisah hari ini...

Berakhir sudah. 7 tahun di sini. Inilah pentas perhimpunan rasmi sekolah. Hari ini. Berakhir sudah jasanya. Demi sebuah pembaharuan dan keselesaan bersama. Demi Dewan Terbuka yang baru.
Itu kisah hari ini yang seronok.

Ini pula kisah hari ini yang tidak seronok.
Berpusing-pusing sahaja portal nkralinus. Hendak siapkan satu orang tunggu berminit-minit. Berputar-putar. Sedihnya. Inilah kepantasan internet negara Malaysia. Di sini sudah jelas kelemahan sistem pentadbiran negara. Kurang 3 tahun lagi. Malaysia hendak menuju negara maju. Tapi capaian internet sangat tenat. Seolah-olah sedang menerima azab seksa sakaratul maut kesan daripada syirik kepada Allah s.w.t.
Teruknya.Teruknya.
 


Terpaksaku kongsikan bersama-sama rakan FB yang lain. Walaupun mereka tidak pasti atau pasti apa dilema aku...
Sedih. Sebagai rakyatMalaysia...

No comments: