Tuesday, October 10, 2017

Raptai...

Hari ini. Raptai penuh untuk hari sukan yang akan berlangsung pada hari khamis nanti.
Tahun ini, aku pegang tampuk rumah Laksamana. Ya rumah Laksamana. Tahun lepas rumah Bendhara.
Baby Shark. Lagu untuk gimik perbarisan nanti. Selari dengan tema flora dan fauna.
Inilah rentetan peristiwa pagi tadi...
Kontijen Rumah Laksama,,,

Alif Zikri...
Satu acarapun tidak disertai oleh Aliff untuk tahun ini. Kesan daripada pembedahan membuang apendiks yang pecah, Gelaran Olahragawan Sekolah yang selayaknya untuknya...terkubur begitu sahaja. Semoga tahun-tahun mendatang kejayaan milikmu.
Pembawa Bendera Kejohonan SKFC 2017

Kotinjen Rumah Bendahara...Rumah ku tahun 2016


Imran atlet Rumah Bendahara. Tahun lepas juga menyertai banyak acara. Namun gagal memperolehi sebarang pingat untuk rumahnya. Harap tahun ini rezeki akan berpihak kepadanya. Hari khamis nanti acara 4 X 200m meter yang di wakili olehnya akan memberi tentangan hebat kepada atlet rumah Laksamana...

Kontijen Rumah Syahbandar...

Rezduan atlet Rumah Syahbandar...yang bakal memberi saingan yang cukup kuat untuk rumah sukan Laksamana malah untuk rumah sukan yang lain. Adakah dia akan di julang sebagai olahragawan SKFC 2017... sedangkan Laksamana menaruhkan atlet Najmi Sarip di nokbatkan sebagai olahragawan SKFC 2017.
Kontijen Rumah Temenggong
Ibnu atlet Rumah Temenggong... adakah dia juga merupakan saingan untuk Rumah Laksamana dan Imran?

Semua persoalan ini akan terjawab pada hari Khamis.
Adakah Najmi akan dinokbatkan sebagai Olahragawan SKFC 2017?
Adakah Imran akan mendapat pingat untuk koleksinya sepanjang berada di SKFC selama 6 tahun?

Apa yang pasti...aku berharap
Juri pertandingan rumah sukan dan perbarisan adalah dikalangan mereka yang waras dalam membuat penilaian.
Rumah Laksamana akan menjuarai kedua-dua kategori tersebut. Amin
 

No comments: