Perjalananku sebagai seorang guru perlu aku teruskan. Janji yang telah aku lafazkan perlu dikotakan. Insya Allah. Buka sahaja persekolah aku akan terus berikan kepadamu. Aku telah selamat menempah hadiah tersebut.
Aku sendiri sekarang ini, tidak sabar-sabar menanti kehadiran barangan tersebut. Aku tidak sabar untuk melihat dan menikmati kecantikkannya.
Walaupun harganya sangat murah di matamu... percayalah inilah pengorbanan yang telah aku korbankan.
Aku sendiri berharap engkau akan terus berusaha dan terus berusaha untuk mencapai cita-cita.
Aku hanya ingin menjadi pemangkin kejayaan dikau semua sahaja.
Aku mengerti... disaat engkau berjaya.
Aku sudah engkau lupakan...
Tapi biarlah kenangan itu tersemat terus didadamu...
No comments:
Post a Comment