Friday, December 1, 2017

Terfikir

Terfikir jua, di lubuk hati ini. Kenapa aku beria- ria untuk menyemak segala mak nenek tentang anak-anakku. Sedangkan aku tahu. Aku akan dipandang sepi selepas ini.
Berakhirnya 24.11 maka berakhirlah semuanya.
Mungkin inilah lambang-lambang perjalanan aku di hari tua nanti.
Anak- anak dekat padaku di saat mereka bersamaku sahaja. Selepas itu, aku tidak pernah dipandang oleh mereka.
Aku melihat semuanya dihadapan mataku. Aku dipandang sepi.
Anak-anak yang aku lebih prihatin kepadanya juga memandang sepi padaku. Walaupun aku terlalu cakna padanya.
Tiadakah rasa sayang di dalam hatinya...
Tiadakah rasa hormat di dalam hatinya...
Tiadakah rasa bangga di dalam hatinya...
Akhirnya aku terus dipandang sepi...
Sama ada di...
Jamuan pengawas...
Jamuan tahun 6...
Hari Anugerah Kecemerlangan tahun 6...
Akhirnya berakhir begitu sahaja...
Teruslah aku sahaja yang kesepian...
Bukan mengungkit...
Tetapi tertanya- tanya...
Tiadakah karisma pendidik dalam diri aku?
Teruslah aku bertanya kepada diri sendiri...

No comments: