Tuesday, December 5, 2017

Semak...

Selesai aku menyemak siapakan yang bakal menerima hadiah daripadaku. Dari tahun 3 hingga ke tahun 5. Dari paparan markah biasa ke paparan markah OTR aku jelajahi. Mencari dan meneroka siapakan di kalangan anak-anakku yang berjaya . Tahniah buat mereka yang telah mendapat hadiah yang tertinggi di dalam pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu:
  • Muhammad Danish Daniel Bin Abdullah Tahun 3 Azkiya Bahasa Pemahaman 86 Markah. Paling tinggi di dalam kelas.
  • Nur Nabilla Binti Amat Azahar Tahun 3 Azkiya' Bahasa Melayu Penulisan 98 markah. Soalan sangat mudah, maka yang berlaku peningkatan saujana aku tidak akan kira. Aku hanya melihat untuk subjek Bahasa Melayu Pemahanam sahaja untuk peningkatan saujana.
  • Nur Alissa Faqihah Binti Azmi, peningkatan saujana dalam Bahasa Melayu Kefahaman. Soalan yang telah disusun oleh aku untuk akhir tahun. Bagi aku soalan yang sangat sukar tahapnya. 
  • Bagi Bahasa Melayu Penulisan Tahun 5 Milik Raizan Rasya Anessa Binti Hamzan. 90 markah. Tertinggi di dalam kelas.
  • Nur Hamizah Binti Haskam, tertinggi bagi Bahasa Melayu Pemahaman, dengan markah 94.
  • Aina Aqilah Binti Mohd Yusri. Ujian Bulan Mac dari 38 markah melonjak ke 64 markah, manakala Hazwan Bin Harith Ujian Bulan Mac dari 56 Markah ke 82 Markah. Kedua-dua orang ini, tengoklah aku hendak berikan kepada siapa. Sama ada kedua-dua orang atau salah seorang sahaja.
Tapi, Aina Aqilah aku rasa panling sesuai, daripada E terus kepada C, hampir kepada gred B.
Hazwan Harith daripada 56 melonjak ke 82 markah. Tapi aku merasakan lonjakan Aina Aqilah lebih bermakna.  Jadi aku memutuskan akan berikan kepada Aina Aqilah.
Ini secara totalnya hanya 6 hadiah sahaja aku berikan kepada anak-anakku. Bagi subjek Bahasa Melayu Penulisan aku tidak berminat berikan kepada calon peningkatan saujana, disebabkan corak permarkahan yang terlalu murah dan telah diedit markah untuk kepentingan sekolah.
Bagi subjek sejarah...aku batalkan sebab soalan paling mudah dan tidak mencapai standard aku, walaupun aku yang membina item soalan.

No comments: