Friday, April 7, 2017

Ex-housemate



Terbaik punya housemate aku komen. Maka aku pun terpaksa bagi komen yang jitu juga.
Biarlah orang tahu apa yang bersarang di mindaku.
Biarlah semua tahu apa yang berlaku di SK Felda Chemomoi.
Biarlah semua orang tahu kepelikkan di SK Felda Chemomoi.
Biarlah persoalan itu menjawab pemikiranku tentang uniknya pentadbir SK Felda Chemomoi. Mencipta sejarah. Membuat sejarah.
Mencipta sejarah dengan memanggil calon APC yang markahnya tertinggi tetapi gagal menjadi penerima APC. Siap memberi huraian dan contoh bagai. Siap buka laptop dan tunjuk email bagai untuk membuktikan dia telah cuba memberi yang terbaik kepada ku. Inilah lawak antarabangsa daripada seorang Guru Besar jenis badut sarkas.

Walau apapun terima kasih Rahimi. Sudi menjadi pendengar yang setia di saat aku memerlukan bahu untuk bersandar.
Sekurang-kurangnya aku sudah puas.

Terima kasih juga buat Ustazah Suzilawati yang mengesan mengapa saya dipanggil hari jumaat.
Terima kasih Cikgu Bani dan Farha. Anda sahabat yang baik.
Terima kasih Haizanaldi' Fariq dan Othman yang telah menjadi mangsa aku untuk berkongsi kesedihan.
Buat Puan Pah ex guru Mada terima kasih banyak- bsnyak. 1 jam 3 minit kita berborak bersama. Nasihat mu aku akan pakai. Kita fokus kepada DG44 pulok.

No comments: