" Sekali pencalonan aku tidak lepas di peringkat PPD. Entahlah apa alasannya. Yang nyata nama aku tidak naik lagi. Teruk agaknya pencapaian aku di mata PPD.
Bagaimana penilaian mereka. Mereka tidak mengenali kita. Sedangkan yang mengenali telah calonkan. Lebih baik tidak perlu calon jika begitu. Lebih baik anda sahaja yang tentukan. Itu berdasarkan laporan panjang lebar oleh GB."
Sesuatu yang pelik juga aku dipagi ini. Dipanggil ke pejabat. Dipanggil agar aku kuat menerima keputusan pagi ini. Tak pernah lagi aku dipanggil sebelum penyerahan APC diumumkan. Ini kali pertama.
Pelik juga. Sebelum ini sebiji kek meredakan hati ini. Kali ini, di panggil untuk memberikan motivasi...
Teruk sangatkah aku... sehingga perlu diberikan kata-kata semangat agar kembali bekerja kuat.
Teruk sangatkah aku... sehingga perlu digula-gulakan terlebih dahulu.
Teruk sangatkah aku... sehingga dipanggil secara peribadi.
Usailah memberi huraian panjang lebar di dalam mesyuarat. Nanti ada yang terguris hati.
Usailah memberi harapan nanti ada yang lagi terguris perasaan.
Usailah menabur impian sedangkan kita yang menentukan...
2 tahun lagi untuk aku menamatkan gred DG41.
Adakah tiada rezeki untuk aku di DG41?
Adakah... adakah aku memang tak bekerja untuk itu?
Nok menangis...tapi tiada bahu yang boleh memegangku.
Nok menangis... tapi tiada yang sudi membantuku.
Nok menangis... takut aku dikatakan pemalas.
Akhirnya aku teruskan perjalanan ini dengan hati yang sedih.
Akhirnya aku teruskan perjalananku ini dengan sandiwara lagi
Akhirnya aku tetap menjadi pelakon di alam ku sendiri.
No comments:
Post a Comment