8.40 pagi 3.4.2017
Dalam asyik aku sedang berbincang dengan Ustazah Suzilawati berkaitan dengan hiasan bilik guru. Aku dipanggil masuk ke dalam bilik GB.
Hasil penerangan dan tunjuk bukti...
A. Menyatakan kami pihak pentadbir telah mencalonkan cikgu Zaha sebagai penerima dengan markah yang tinggi.
B. Menunjukkan bukti kepada aku markah yang dinyayakan tertinggi. Berdasarkan grednya dan sebagainya.
C. Menyatakan keadaan terkejut apabila mendapati bukan Cikgu Zaha penerimanya.
D. Menunjukkan bukti email kepada PPD pencalonanan aku sebagai penerima. Menyatakan telah hantar 2 kali kepada PPD.
E. Menanya terus kepada En. Rahmat Kenapa calon sekolah tidak naik. Sebagaimana yang di cakonkan oleh sekolah.Saya hanya pengawai biasa sahaja.
F. Terus bertanya kepada Sifunya Cikgu Sahara. Cikgu Sahara juga menyatakan sebelum ini nama Cikgu Zaha pernah juga dicalonkan. Mungkin rezeki tiada lagi.
G. Menyatakan mungkin tahun ini tiada kuata DG41 sebab beri laluan kepada kuata DG44 dan bukan siswazah.
H. Berharap Cikgu Zaha tidak luntur semangat kerana tidak menerima APC. Sambil menunjukkan senarai calon APC iaitu Aku, Ustazah Jaleha dan Ustazah Azmira di dalam telefon. Email yang dihantar kepada PPD. Adakah Kak Ja juga telah dipanggil untuk digula- gulakan.
I. Menyatakan perasaan terkejut orang yang tidak dicalonkan terpilih dan ada yang telah terima menerima lagi sekali.
J. Bersalaman setelah selesai memberi gula- gula kepada aku. Gula- gula motivasi murahan.
K. Menanya aku siapa penilai pertama aku. Sedangkan dia lebih arif siapa penilai aku. Lagi mahu berlakon. Biarkanlah ia terus berlakon. Aku sekadar jadi penonoton.
L.Aku keluar dari bilik dan menuju ke bilik guru.
Jenis aku bukan jenis suka berkongsi dengan orang lain. Biarlah coretan ini menjadi penyedap hati ini. Hiburkan hati ini.
Inilah kali pertama aku dipujuk sebab APC dan mungkin inilah cikgu pertama yang dipujuk oleh GB.
Bertuahnya orang bernama Cikgu Zaha ini.
Biarlah aku mencoretkan hasil kerja tahun lepas...
A. Mengajar tahun 6 C BM pada suku tahun pertama.
B. Digugurkan untuk memberilan laluan kepada keperluan di Prasekolah. Aku mengajar di prasekolah. Selepas di prasekolah aku tergantung tanpa ada jadual waktu...hampir sebulan.
C. Aku tuntut janji supaya tidak menjadi guru kelas 3 B.
D. Di nilai Pdp dalam kelas dengan mendapat keputusan yang aku sendiri terkejut 60 lebih markah.
E. Aku dipaksa untuk membuatlan kertas kerja Sambutan Hari Kemerdekaan sedang dia sudah tahu itu kerja siapa.
F.Di lantik sebagai penyelaras jualan di Hari bertemu pelanggan atas alasan mencari dana untuk MGDP
G Membantu guru Bahasa Melayu buat kelas tambahan...
Ohh sikit sahaja kerja aku tahun ini. Sebab itu PPD pun tak nampak. Apatah lagi mereka di sekolah.
Ohh sikit sahaja kerja yang telah aku buat. Sehingga tiada terbekas dihati mereka.
Inilah dirimu yang sebenarnya Cikgu Zaha. Seorang yang ada di sekolah. Tiada makna. Egkau ada pun boleh digunakan tenaga. Engkau tiada di sekolah pun sekolah tidak terjejas.
Jangan berharap sebab alasan tahun ini telah diberikan sudah tahun ini. Jadi tahun depan tiada lagi motivasi percuma dari GB.
Jadi janganlah rajin sangat. Tahun ini orang pandang DG44 mahupun DG48 sahaja atau DG 32 dan 34 sahaja.
Nasib tikar buruk. Itu nasibku. Lagi kejam. Tikar buruk dibuang semasa sudah tidak berfungsi. Aku telah di strokkan sebelumnya lagi.
No comments:
Post a Comment