Tuesday, April 4, 2017

LHDN...

Selesai jua kerja aku hari ini. pergi ke Temerloh untuk reset kata laluan e-Filling aku. Jauh terasa. Pergi semata-mata untuk resetkan kata laluan sahaja.

Dalam perjalanan, aku bermunasabah tentang diri ini...
Terasa pengorbanan yang telah dilakukan selama 6 tahun ini adalah sia-sia sahaja.
Terasa pengorbanan yang telah dilakukan selama ini tidak di hargai langsung.
Mereka melihat aku mudah di tekan... maka mereka menekan kita.
Mereka melihat kita mudah mengalah... maka mereka membuli kita.
Mereka memandang rendah pada kita... maka mereka memperbodohkan kita.
Mereka sudah ada perancangan... maka mereka mencipta pelbagai alasan.
Mereka sudah berpakat... maka mereka telah melaksanakannya.

Akhirnya aku membuat keputusan yang drastik...
Malam ini aku mahu tuang kelas tambahan BM. Biarlah aku tuang sekali. Sebenarnya aku berharap aku akan di lucutkan jua.
Insya Allah jawatan Pagawai Aset sekolah aku akan hantar permohonan berhenti...ganti dengan yang lain.
Aku akan menjadi orang biasa sahaja...

No comments: