Monday, December 25, 2023

Cik

10.8.2023

Cik makan Tijah. Satu mangkuk. Puas hati tengok Cik makan. 

 

11.8.2023

Tumit bengkak.


12.8.2023.

Kaki Cik mula bengkak. Sebelum ini Cik sudah sakit kaki. Berpunca sebab jatuh di tangga semasa hendak pergi tengok Zamir yang tidur di rumah Amy.

16.8.2023

Bawa Cik pergi Klinik Dr. Amir. Itupun setelah dipujuk oleh Tirah.

7.9.2023

Cik tak tahan. Ajak aku pergi Klinik Fuad. Disinilah kami sekeluarga baru tahu Cik kena gout. Kesan buah pinggang yang rosak.

22.9.2023

Bawa Cik ke Klinik Premier Cherang. Cik sakit perut.

5.10.2023

Cik tak larat untuk berjalan.


7.10.2023
Cik dapatkan rawatan masalah kaki tak kuat di Klinik Jega. Sempat terima rawatan sebanyak 3 kali. Setiap minggu hari Sabtu bawa Cik ke sana.



13.10.2023.

Bawa Cik ke Klinik Ikram. Masih lagi Cik sakit perut.

27.10.2023

Panggil doktor Klinik Safwa. Masukkan satu botol air kepada Cik. Hasilnya tanggan Cik bengkak .

Tangan Cik bengkak. Sebab masukkan air. Berpunca Cik tak larat sangat.




28.10.2023

Lebih kurang jam 8 pagi, aku sampai di rumah setelah pulang dari sekolah.

Aku lihat Cik semakin teruk. Pujuk Cik untuk ke Hospital.

Cik beri keputusan setelah dipujuk oleh Idin. Aku naik mandi. Bersedia untuk ke hospital.

9.30 pagi. Terganggu wakil Klinik Safwa datang sekali lagi. Untuk masukkan air kepada Cik.  Hasilnya tangan Cik bengkak kedua belah.

11.30 . Ambulans datang. Bacaan darah Cik terlalu tinggi. 







1.13 petang Cik masuk wad kecemasan...



Bawa Cik pergi ke Hospital. Bermula kehidupan Cik disini. Sehingga 10.12.2023.

26.10 hingga 28.10.2023. Aku terlibat dengan perkhemahan.



No comments: