Friday, December 15, 2023

Seninggu

Seminggu perlu ambil masa untukberfikir dan berbincang dengan Nana sebelum  hadir ke sini. Atas alasan hendak cari duit.

Seminggu cari kata putus. Sebelum mendapat keputusan untuk datang. Pengakuan Alif dalam kereta semasa dua minta bawa dia keluar dari rumah untuk merokok.

Satu persatu pecah rahsia. Hadir ke sini bukan dengan kehendak dan keinginan hati naluri sendiri.

Gesaan mamanya dan keizinan kekasih hatinya.

Rupanya aku ini, entahlah nombor berapa dalam hidupnya.

Inilah hidup menumpang kasih sayang yang tidak ikhlas daripada seseorang 

Tapi biarlah ku pendam dalam hati....

Kedukaan yang berganda ini...




Aku hanya penting dalam hidupnya untuk kepentingan dirinya sahaja...
Yang lain aku tidak penting agarnya...
Bertabahlah hati...


No comments: