Tuesday, December 5, 2023

Penuhi impian

Sedaya upaya memenuhi impian seorang ibu yang disayangi.

Selagi aku termampu selagi itu aku akan cuba penuhi impiannya.

Pagi ini, jam 2.30 penuhi impian Cik hendak makan buah limau. Tetapi sayang limau tiada. Hanya ada buah oren sahaja. Sebiji buah oren berjaya dihabiskan. Ada usaha makan sendiri. Akhirnya aku ambil air sahaja.

Pukul 3.00 pagi aku berusaha untuk tukar lampin dia, sendirian. Alhamdulillah menjadi. Janji lampin lama bertukar. Ada usaha juga daripada aku untuk melihat dia dapat tidur.

Semoga dia mampu tidur. 

Ya Allah Ya tuhanku terima kasih kerana memberi aku kekuatan itu.



No comments: