10.12.2023 8.50 malam
Cik selamat masuk ke dalam rumah. Bawa pulang Cik daripada hospital ke rumah.
Daripada tiada reaksi semasa di hospital telah memberi reaksi semasa sampai di rumah.
11.12.2023
Cik banyak memberi reaksi... Ada suara, dan dan memahami interaksi walaupun tutup mata.
Cik buka mata, setelah mata dibersihkan oleh Tirah, Mc Nab
12.12.2023
Cik semakin teruk. Tak nak minum air . Walaupun cuba diberikan oleh kami semua.
Cik terus bertahan...
7.00 malam- 7.10 malam
Kami mula cuak, Cik semakin lemah. Penafasan Cik sangat terganggu dan bergantung sepenuhnya dengan oksigen.
Dalam tempoh itu Cik telah meninggalkan kami semua.
Aku reda dengan pemergian ini.
7.34 malam secara rasmi mengikut prosedur Cik telah pergi buat selama-lamanya...
Damailah Cik di sana. Pasti akan ku turuti jua apabila sampai masanya ..
No comments:
Post a Comment