Bagi aku. Inilah yang sesuai untuk ku samakan situasi sekolah dengan keadaan hari ini. Tiada beza.
Majalah sekolah tiru SK Shafei
Patrol Dengue terkesima semasa kolokium ilmu GB
Bilik Akses Jawi tiru SK Bukit Piatu.
Semuanya mahu dicedok daripada orang lain tanpa memikir keupayaan diri sendiri.
Cuba letakkan diri kita di tempat yang sepatutnya. Jangan letakkan diri kita di tempat di alam fantasi.
Ya. Betul kami boleh laksanakan impian tersebut.
Ya. Betul kami mampu mengalas tugasan itu.
Ya. Betul kami mampu melakukan segala-galanya.
Tetapi...
Terfikirkah olehnya...
Kami mempunyai tenaga yang semakin berkurangan.
Kami mempunyai keluarga yang perlu diberi kasih sayang.
Kami perlukan waktu rejhat yang secukupnya.
Jangan kita mengejar nama untuk berada dipuncak, sehingga kita lupa melihat ke bawah.
Jangan kita leka mengejar impian sehingga lupa pada tanggungjawab.
Situasi ini samalah...mendongak ke langit terasa bagaikan indahnya alam ciptaan Allah swt, sehingga lupa akan keindahan ciptaan Allah swt terhadap bumi Allah swt ini.
Memuji-muji keindahan bintang dan bulan, sehinggakan melukakan rumput, gunung dan sungai di bumi.


No comments:
Post a Comment