Tak ada roh untuk aku kongsikan. Walaupun di raikan untuk majlis Anugerah Perhidmatan Cemerlang.
Aku masih lagi terasa dengan peristiwa tahun lepas.
Aku masih lagi ter... untuk peristiwa tahun lepas.
Tahniah buat Kak Ja dan Kak Ma.
Tahniah untuk Ka Ja berganda. Tahun ini pasti akan pencen. Bersara wajib.
Kak Ma tahniah.
Aku tidak perlu diraikan. Aku tidak bergembira. Sebab peristiwa lepas membuatkan aku tidak bergembira.
7 tahun baru dihargai itupun setelah kita tunjukkan protes.
Biarlah ia berlalu seperti angin lalu...
Biarlah ia berlalu sebagaimana berlalunya peristiwa tahun lepas.
Tiada yang perlu dihiraukan.
Sesungguhnya, aku tidak terasa kepuasan walaupun diumumkan pada hari ini.
Tiada yang boleh aku banggakan. Jika suasana pada tahun lepas tidak berlaku. Mungkin aku masih lagi boleh teruja untuk berkongsi kejayaan ini bersama-sama. Tapi untuk tahun ini. aku tiada keperluan untuk berkongsi kejayaan ini.
Aku merasakan biarlah ia berlalu begitu sahaja. Tiada keterujaan di dalam jiwa ini.
Maaf Kak Ma dan Kak Ja, aku tiada mood untuk berkongsi kejayaan ini bersama-sama.
Bagi aku, ini adalah anugerah keterpaksaan.






No comments:
Post a Comment