Tuesday, February 6, 2018

Dongak pads langit...

Ku akhirnya coretan ku di FB dengan pengakhiran yang bagiku menjawab persoalan tersebut pada maksud yang tersurat.
  



Biarkanlah maksud tersirat, aku akhirkan di sini.
kadang-kadang kita terpaksa menggunakan kepintaran kita untuk mengaburi apa yang tersurat.
Kerana kita mentimun. Tersilap langkah kita tetap yang terluka.
Jika mereka yang terasa, dengan apa yang aku luahkan di dalam FB... aku hanya mengharapkan mereka sedar dan insaf. Bahawa dunia ini umpama roda. 
Ada masanya kita berada di bawah, ada masanya kita berada di atas.
Oleh itu, dongaklah ke langit tetapi jangan lupa pada yang di bawah. Selami hati dan perasaan yang di bawah di saat kita berada di atas.
Jangan kita mengikuti impian kita, sehingga menidakkan impian dan perasaan orang di bawah.
Jika sederap menjadi pilihan motto kehidupan, biarkanlah ia menjadi sebati bukan pati racun dalam perjalanan ini.

No comments: