Saturday, February 10, 2018

Kem Kepimpinan SKFC 2018

Selesai jua, kem kepimpinan SKFC 2018 dijayakan. Tahniah sebab berjaya menjayakan majlis ini. Aku ditugaskan untuk memberi penerangan cara-cara untuk menaikkan bendera dengan betul. Setahu aku, ilmu telah dicurahkan dengan jayanya. Latihan menaikan bendera telah diadakan. Latihan penuh majlis untuk hari isnin juga telah dilakukan. Insya Allah anak-anak dapat menjayakannya.
Sukar menaikan bendera dengan betul. Lagu Negeri Pahang yang pendek, menguji kewibawaan yang menaikan bendera. Lagu Sekolah yang panjang, juga menguji keimanan mereka. Lagu Negeraku, walaupun sederhana tetapi perlu diberikan perhatian. Takut. Lagu habis bendera baru separuh tiang. 





No comments: