Dalam keluarga jika ada cctv tak berbayar kita dah menyampah. Apatah lagi di dalam satu organisasi. Entahlah apa yang terfikir dalam pemikiran mereka untuk menjadi cctv.
Berbuat-buat baik di hadapan semua orang, dalam masa yang sama menjadi batu api. Apa yang mereka inginkan. Kedudukan? Adakah kedudukan itu boleh jadi alas di dalam lubang kubur?
Jika itulah dikehendaki, sangatlah teruk perangainya.
Ya Allah lindungilah aku daripada mata-mata ghaib yang melilau mencari maklumat dengan cara yang salah. Engkau lindungilah aku daripada kebaikan yang bersalut kejahatan itu.
Aku sedar, selagi bernama manusia, selagi itulah ada kejahatan yang timbul. Qabil dan Habil menjadi saksi kepada kejahatan dan kebaikan manusia.
#Mr.MRAG
No comments:
Post a Comment