Entahlah apa yang hendak dikatakan lagi. Aku telah nasihatkan kepada engkau berbakul-bakul. Tapi aku lihat dan perhatikan satu nasihat pun tidak melekat dihatimu.
Aku dapati Ikram, Aidil, Hazwan dan Budin semakin menjauhi dikau. Aku lihat engkau sekarang keseorangan dan cuba mencari rakan yang lain.
Jika benar, mengapa menjadi begini Amir.
Masa depanmu terletak ditanganmu.
Aku hanya mampu boleh melontar dikau ke arah kebaikan sahaja.
Aku hanya mampu menolong engkau setakat mana aku mampu sahaja.
Aku hanya mampu menolong dan menolong apa yang mampu sahaja.
Amir...
Sayangi dirimu
jangan biarkan orang yang menyayangimu kecewa.
Aku sanggup membantu dikau, janji engkau belajar.
Aku sanggup berkorban janji engkau cemerlang.
Tapi jika aku sahaja yang berkorban, tetapi engkau tidak?
Adakah kejayaan itu akan hadir?


No comments:
Post a Comment