Bukan niat untuk merungut. Tapi itulah kenyataan yang tidak boleh disanggah dan tidak boleh ditipu oleh mata yang memandang.
Kita selesaikan semua acara hari sukan hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada sukan komuniti. Bermula dari tarik tali hinggalah ke lari 4x 100 meter.
Apa erti ini semua? Anak-anak melihat dan menyaksikan ibu bapa beraksi dan bergembira.
Bukan ibu bapa yang menyaksikan anak-anak beraksi.
Mengapa agenda ini tidak terus dibentangkan dalam mesyuarat tetapi menggunakan isu MMI dalam memastikan agenda tersembunyi ini tersimpan rapi.
Akhirnya aku merasakan kekosongan dalam majlis hari ini.
Aku boleh bergumbira bersama-sama dengan anak-anak.
Aku boleh bersantai-santai.
Aku masih lagi merayap dan berbelanja...
Aku boleh berpanama dance lagi...
Aku boleh ke mana sahaja...
Inilah situasi hari ini...




No comments:
Post a Comment