7.3.2018. Sejarah telah tercipta. Selama aku berkhidmat menjadi cikgu. Ini kali pertama aku menerima surat arahan kerja pada hari Sabtu minggu kedua. Biasa kita buat kerja tanpa ada paksaan. Tapi kali ini...
Aku tidak pasti apa yang ada di dalam pemikirannya.
Aku tidak pasti apa yang dikejarnya...
Guru Besar Cemerlang.
Gred jawatan...
Tidak kisah...
Tapi jangan sampai membuat keputusan yang boleh membuatkan kita menyampah dengannya.
Memang betul kami mentimun anda durian.
Tapi jangan lupa durian juga bakal menjadi tempoyak.
Pasti akan di lenyek jua oleh mentimun.
Kerana pusingan roda ada masa di atas ada masa di bawah.
Aku yang baru sahaja berkhidmat sudah terima surat ini. Ada yang sudah 29 tahun berkhidmat baru pertama kali menerima surat sebegini. Inilah yang dikatakan sejarah.

No comments:
Post a Comment