Kenangan yang terukir untuk hari ini. Kenangan pahit mahupun manis tersemat di dalam lipatan kehidupan hari ini.
Tahniah untuk anak-anak Laksamana yang gigih berusaha. Walaupun kita gagal mengekalkan kejuaraan. Tak apalah. Kerana kita masih lagi berusaha untuk meraikan kejayaan hari ini ini.
Tempat ke 3 dalam kedudukan rumah Sukan selepas Temenggong dan Bendahara yang akhirnya diikuti oleh Shahbandar.
Kita masih lagi mampu berpuas hati dengan kedudukan ke 2 acara perbarisan. Inilah yang dikatakan pengorbanan yang mesti kita akui. Inilah yang dikatakan kemanisan dalam acara sukan hari ini.
Ini pula isu kepahitan hari sukan tahun ini. Kepahitan ini bermula sejak dari hari sukan Tara, bergerak ke hari sebelum acara sukan dan hari sukan. Ya Allah Ya Tuhanku. Air tak disediakan secukupnya. Makanan untuk guru pun terlalu teruk. Ya Allah Ya Tuhanku mengapa terlalu teruk sungguh tahun ini.
Aku hanya mampu makan nasi tomata yang ku cari ayamnya tak begitu jelas. Air kotak yang tak ku temui walaupun sekotak sebaliknya ku temui hanya sebotol air minuman botol kecil. Ini untuk hari sukan. Hari Sukan Tara terjumpa sebotol air minuman, hari sebelum acara hari sukan langsung tak ku temui. Pengorbanan sungguh kita sebagai cikgu.







No comments:
Post a Comment