Thursday, March 29, 2018

Terasa...

Hari ini, terasa sangat sunyi. Entah kenapa. Hidup terasa sunyi.
Aku melalui hari-hari ini dengan kesunyian yang amat. Terasa terlalu kosong. 
Terlalu kosong.
"Ya Allah Ya Tuhanku, andai engkau telah tetapkan jodohku, engkau tunjukkanlah ia, jika engkau telah tetapkan aku tidak mempunyai jodoh engkau berikan aku sesorang yang mampu menyayangi aku sebagai mana aku menyayanginya."

Jiwa ini terasa bagaikan kosong.Kosong.
Betullah meminjam kasih sayang daripada orang yang terpaksa menyayangi kita adalah sesuatu yang sukar.
Sampai satu saat mereka akan meninggalkan kita tanpa pesan, tanpa ungkapan perpisahan...
Inilah realiti.
Inilah hakikatnya.
Walaupun kita sanggup buat apa untuk mereka, tetapi keikhlasan dalam diri mereka...
 
Adakah kerana jiwa ku kosong...
Ya Allah Ya Tuhanku..engkau bantulah aku yang dalam kesunyian ini. 
Engkau berikanlah ruang-ruang keceriaan di dalam hidup ini.

No comments: