Jika di bumi Chem... Aku hanya berjumpa dengan Rozana emak Antasya Qistina yang selalu mengadu kepada aku, anak-anak di dan anak buah dia takut dengan aku. Lalu mengucapkan terima kasih. Namun begitu aku tidak pasti adakah itu ucapan sindiran atau betul-betul. Hanya tuan empunya diri saya yang mengetahui.
Tak pernah terlintas di hati ini, untuk sakiti anak-anak ini. Kecuali inginkan mereka menjadi lebih baik daripada kita. Jika kita terpaksa menanti dan menunggu untuk menjadi seorang guru. Biarlah anka-anak didik kita menjadi seorang guru dengan senang dan cepat, malah menjadi lebih hebat daripada kita.
Kerana itulah impian aku.
Aku masih teringat lagi di dalam tahun 2007, ketika aku menjadi guru kelas kepada anak-anak 2 Sains Lelaki di MADA dahulu. Puncannya aku rotan mereka yang ponteng kelas. Berbekas di kaki mereka. Setiap murid yang aku rotan telah aku hubungi ibubapa mereka menyatakan kesalahan mereka dan hukuman yang telah aku jalankan.Tiada seorang mak ayah yang datang saman aku, tetapi menyatakan terima kasih lagi kepada aku. Bukan untuk mendabik dada, tetapi kita buat begitu sebab kita sayang mereka, Jika kita todak sayang mereka, kita tinggalkan sahaja begitu. Naluri kita, naluri seorang ayah yang terlalu sayangkan anaknya.
Kenangan 2011 di bumi Chem, walaupun aku tahu, ada jua salahku, tetapi demi sayangnya aku kepada aku telah bertindak. Aku cubit dan rotan dengan pembaris Saifulllah Nursim. Tetapi aku rotannya bukan kerana aku benci tetapi aku sayang. Betul aku sayang. Walaupun telah diserang oleh maknya tetapi aku tidak sama sekali mengabaikannya. Sebab ini bukan sifat aku. Biarlah aku dibenci oleh anak-anak, tetapi Allah S.W.T tahu apa yang terkandung di dalam hatiku.
Aku hanya ingin melihat anak-anak didikku berjaya menjadi manusia yang taat kepada hukum-hukum-NYA.
BIARLAH AKU DIBENCI.
BIARLAH AKU DIPANDANG HINA.
BIARLAH AKU TIDAK DISAYANGI.
BIARKANLAH...
JANJI...
AKU TAHU MEREKA BERJAYA
AKU TAHU MEREKA MENJADI MANUSIA YANG SEMPURNA.
ITULAH HADIAH YANG TERISTIMEWA.

No comments:
Post a Comment