Thursday, April 19, 2018

Tekad

Malam Jumaat 19.4.2018. 
Dengan nama Allah Yang maha pengasih lagi maha penyayang, Aku bertekad untuk tidak lagi mengusik anak-anak didikku jika mereka tidak membuat kerja sekolah mahupun kesalahan di dalam kelas. 
Aku tidak akan menggunakan kekerasan terhadap mereka. Aku tidak akan mencubit mereka, merotan mereka dan sebagainya. 
Jika mereka tidak melengkapkan kerja sekolahku...
Jika mereka tidak memberi tumpuan di dalam kelasku...
Jika mereka tidak mendengar nasihatku...
Jika mereka tidak membawa buku matapelajaranku...
Jika mereka membuat kesalahan semasa kelasku...
Aku tidak akan membuatkan mereka sakit dengan CUBITANKU. 
 Tarikh 19.4.2018 kelas 5 Azkiya' merupakan kelas terakhir aku merotan dan mencubit mereka.

Insya Allah...

Mereka tidak akan ku usik lagi.
Mereka tidak akan dimarahi lagi.
Mereka tidak akan dicubit lagi.
Mereka tidak akan dipukul lagi.
Mereka tidak akan dijanjikan dengan hadiah lagi.
Mereka tidak akan...
Aku hanya akan
 mengajar 
akan mengajar mereka sahaja.
akan mendidik mereka sahaja.
akan menyemak kerja yang siapa yang siap sahaja.
Aku sedar kesalahan yang dilakukan oleh aku. Maka keputusan telah ku pilih pada tarikh hari ini. Inilah sumpahku. 
Aku punya keluarga, aku punya rumah, aku punya kerjaya yang perlu aku pertahankan.
Aku takut kehilangan semua itu, jika aku terus mempertahankan hak aku sebagai guru untuk mendidik anak didikku menjadi lebih hebat daripada aku.
Biarkanlah mereka. 
Mereka ada keluarga yang akan menjaganya.
Mereka ada keluarga yang akan memastikan kejayaannya. 
Siapalah aku...dimata mereka.

 Bukan tidak mahu menjadi guru yang baik, tetapi tuntutan kehidupan yang memerlukan aku bertindak sedemikian. Biarlah aku menjadi lilin yang memerangi mereka tanpa kesakitan pada diri mereka.
Inilah aku pada hari esok. Aku hadir ke sekolah hanya untuk mengajar mereka yang hendak belajar sahaja. Bukan lagi menjadi guru yang akan memastikan anak-anak didikku mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Kerja tak siap... aku tengok sahaja
Buku teks tak ada ...aku tengok sahaja 
Bermain masa pdpc... aku lihat sahaja
Markah rendah...aku tengok sahaja
Markah tinggi...tiada hadiah lagi

JANGAN
Salahkan aku.
Bencikan aku.
Kerana aku hanya insan yang kerdil. Anak anda anda yang layak membentuknya.
Tugas aku hanya mengajar sahaja.

No comments: