Tuesday, April 10, 2018

Harap-harap

Kelmarin, di maklumkan oleh Zawanah dan Syafiq, permohonan Amir untuk mengikuti Jambori mungkin ada masalah. Punca permasalahan tersebut dia tidak berdaftar dengan pengakap negeri Pahang. Itu punca masalahnya,
Hanya bergantung kepada Zawanah untuk menyelesaikan masalah ini supaya berhasil untuk memudahkan caranya.
Aku telah menolong setakat yang termampu tetapi keputusan dan penghitungan seterusnya terletak dikuasaNYA.
Berdoalah Amir...
Semoga dikau dapat ke sana...


Kelmarin, bercakap dengan Cikgu Nazri bekas housemate Nik. Bercerita semuanya tentang anak-anak aku.

Aliff Zikri...
Membonggok itulah kesimpulan yang diberikan oleh Cikgu Nazri. Malas.
Ya Allah Ya Tuhankku melindungilah anak ini supaya dia sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.

Wan Mohamamd Aiman...
Merokok, Seks Bebas. 
Ya Allah, jika merokok itu aku tahu.
Tetapi jika seks bebas itu, aku pernah terdetik dipemikiran ini, puncannya di mudah terpengaruh dengan rakan-rakan. Sebab otak dia tidak boleh berfikir dimana baik dan buruk sesuatu perbuatan yang dilakukkan olehnya.
Sejauh mana kebenaran dia melakukan seks bebas itu tidak dapat ku gambar. Aku hanya berharap dia tidak pernah terlibat. Cukuplah sekadar gosip-gosip mak-mak bawang dan pak-pak bawang sahaja.
Semua itu pernah aku nasihatkan. Semua itu pernah ku tegurkan.
Tetapi semuanya tidak berkesan di jiwannya. Siapalah aku untuk semua itu.


Semuanya tentang KELMARIN.
 

No comments: