Aku akui kesalahan aku. Aku cubit di tempat tidak sepatutnya. PAHA.
Prinsip aku mudah sahaja. Aku bagi kerja kebanyakkan semua dalan kelas hanya sambung kerja tersebut di rumah.
Jika tidak buat juga tak kan aku nok berdiam diri. Jika aku semak buku. Aku terasa hendak marah. Tu punca aku cubit.
Oklah. Tak perlu aku cubit lagi. Tinggal kesan pada anak orang. Nanti jadi kes polis. Hari ini pun dah masuk dalam mesyuarat. Ok.
Kita hanya jaga beras kita sahaja. Mahu jadi nasi ke, buburke, hangitke biarlah. Sebab jika masak dia beria- ia nanti ada kesan. Cukuplah.
Aku menjaga beras sahaja.
Ya Allah Ya Tuhanku engkau ampunilah dosaku.
Sudah lama aku masak beras supaya tidak jadi hangit mahupun bubur ataupun hangus. Sebab aku mahu beras tersebut terhasil menjadi nasi yang bermutu tinggi.
Rupanya beras yang ku guna jenis sukar untuk ditanak.
Biarlah anak orang. Biarkanlah bukan anak aku.
Janji gaji aku tiap- tiap bulan masuk.
Janji pintu rezeki aku sentiasa terbuka.
Kes cubit anak orang lelaki mahupun perempuan di peha tinggal kesan, siap telefon GB dan diumum dalan mesyuarat. Cukuplah. Aku terima nasihat ini.
Anak engkau engkau jaga. Tugas aku aku bagi ilmu sahaja. Ilmu yang aku beri aku halalkan sebab itu tugas aku.
Anak engkau buat salah aku terpaksa biarkanlah. Aku malas untuk bertindak. Sebab aku sangat garang orangnya.



No comments:
Post a Comment