Bukan hendak tunjuk kaya atau tunjuk hebat. Betul aku sendiri sekarang mempunyai masalah duit.
Tapi terasa tak sampai hati. Nampak Amir mahu pergi jambori tapi tiada peluang sebab masalah duit.
Teringat zaman aku sekolah dahulu. Nak pergi tapi Cik dan Ayah tiada duit.
Sebab tahu masalah mereka, berdiam diri sahaja.
Tak sanggup terasa diri ini.
Gunakanlah ruang yang ada itu betul- betul.
Walaupun aku, tahu pasti engkau akan melupakan aku selepas ini. Aku redha. Janji aku dapat membantu seorang kanak-kanak untuk merealisasikan impiannya.


No comments:
Post a Comment